THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 30, 2010

Lelaki Idaman Ku...~

Haa..neh aku nak gitau ciri or kateria lelaki idaman aku..yg aku ingin kan..
saje je nak gitau sebenar yea..busan2 neh..leh lah share2 ciri2 lelaki yg dah nak pupus neh..
hee~

1. Beriman. Mencintai Manusia  Tidak Melebihi Daripada Dia Mencintai Allah..oranag kata baik dengan baik,jahat dengan jahat,jika aku tk dpt yg beriman,means aku neh tk baik lah kan? huhu..

2. Kelakar. Pandai wat lawak dan sentiasa buat lawak dengan aku dan buat aku gelak selalu bila bersama dia..





3. Matang. Aku memang suka yg matang2 neh..bf aku semua stok 25 above until 31.. tapi ada gak tk matang..kematangan tuh org kata bila awek dia tk matang,so dia matang..jadi aku neh matang,sebab tuh dapat bf yg mengada2 je kebanyakan yea.. 







 4. Gentleman. maksud aku gentle neh,yg pandai ambik hati semua ahli keluarga aku,esp my parents.. jika parents aku restu dan suka,jadi aku on je lah..akan cube utk mencintainya..

5. Badan Taff. Aku suka tgk laki badan taff neh.. tgk lengan dia ada bonggol2.. so teruja tau!! Keenceman aku tak kisah sgt,sebab aku mana cantik pun.. so kena lah sedar diri kan? hee~
                                                            




6. Yg paling aku teruja dengan lelaki yg penting kan kerjaya dari perasaan dia..dulu aku suka pada lelaki yg jiwang dan sikit2 tacing,tapi sekarang aku lebih suka laki yg focus pada kerjaya dia..kira macam berdikari lah..





7. Baik Jujur Ikhlas Tulus n Semua lah..tapi yg blurr and skema aku taknak lah..walaupun semua tuh dia ada,tapi dia skema sgt2 n always blur,memang aku reject shop je terus..
                                                       


  
8. Dialah kwn,sahabat dan suami aku. Aku nak seorg yg open minded.. leh share everthing story,yg lampau or yg dikenang. Lelaki mcm neh memang aku suka,sebab dia leh jd sahabat dan pendengar yg baik. Jika bawa berbincang pun,mesti okay je~

9. Penghulu Keluarga. Bukan semua lelaki yg boleh menjadi penghulu keluarga. Masa bercinta sebuk duk bagi keputusan semua dekat awek je. Aku tak suka laki mcm neh. Tak tau buat keputusan. Asyik ikut je.

10. Yg memahami aku lebih dari org lain. Jika dia memahami aku dan percayer kan aku,nescaya aku pun akan memahami dia dan percayer kan dia mcm mana dia percayer kan aku. Aku pantang org yg aku percayer,tp dia tk percayer kan aku. Mulut kata percayer,tp tetap menyiasat dari kawan2 aku.. Memang aku tak suka!
                                                                                                        


okay lah.. itu je ciri2 yea..kang taip banyak sangat kata aku neh cerewet lak..
tapi kena ingat,org yg berkualiti memang kena cerewet,sebab nak benda yg berkualiti,mesti kena cerewet.. 
bukan memilih,tapi kita diberi pilihan,macam mana insan yg harus hidup bersama kita..
bukan hanya sementara,tapi selamanya tuh~ Cheerio !

    

Monday, October 25, 2010

Sayang @ Suka...~

Syg dan suka neh ada ke bezanya eh?
hm..aku sendiri tak dapat bezakan antara syg dan suka..
Syg neh buat kita care pada sesorg tuh ke?Suka pun kdg2 buat kita care pd org yg kita suka tuh kan?
So,apa perbezaannya?

Aku selalu dapat sms macam neh..
"Sayangilah insan yg menyayangi kita..Kerna akan bahagia..Berbanding dengan insan yg kita suka..Kerna kelak dia akan meninggalkan kita kerna insan yg dia suka.."
Jadi maksudnya disini..
Perasaan suka neh universal lah kan?Semua org kita boleh suka kan?
Tapi syg neh,bukan mudah kita nk sygi sesorg tuh..

Walaupun setakat neh aku dh faham,tapi still aku tkleh bezakan syg dan suka..
Apa yg pasti,suka tuh ialah sekadar kita suka melihat nya..Suka pada kacamata kita sahaja,namun didalam hati kita tidak langsung terdetik mahu dibuat pacar..atau marka..hehehe

Kalau syg pulak,apa yg aku tahu dan apa yg aku kaji lah kan..cewahh~
Syg neh kita akan sedar bila sesorg tuh jauh dari kita,hilang dari kita..baru kita sedar betapa pentingnya dia dlm hidup kita..betapa kita perlukan dia utk melengkapi kehidupan kita..dia sudah menjadi sebahagian dari hidup kita..itu lah syg yg aku fhm..

Apa pendapat korg pulak yea?sama dengan aku,or lain?

Apa-apa pun,

Kita akan menghargai sesuatu itu,ketika kita kehilangannya..


Tuesday, October 19, 2010

PhD Yg Semua Org Ada..

Bangga lah mak ayah jika anak beliau belajar sampai PhD kn?
Tapi yg aku nak cerita neh pasal PhD yg tak dianugerahkan oleh Jabatan Pendidikkan Di Malaysia neh..
Iaitu..Perasaan Hasad Dengki..boleh dikata lainkan, irihati..
tapi bagi aku irihati neh more better than PhD neh..PhD neh terlalu buruk sgt memakan diri sendiri kelak jika tak dibuang..

Aku rasa semua ada PhD neh dlm diri masing-masing..cume cara kita mengawalnya je berlainan supaya tidak menjadi lebih parah...
PhD neh kalau kita tak ubat boleh menjadikan kita bermacam personaliti..yg berbeza dengan personaliti kita yg asal..
lebih teruk jika sudah bermacam personaliti yg wujud dalam diri kita..sampaikan personaliti kita yang asal pun kita dah tak tahu yg mana satu..

Jika tak diubat lagi..parah lah sampai ke tahap mental terganggu..PhD neh teruk sangat-sangat..
macam-macam bentuk ia wujud..cemburu, iri hati, dendam dan macam-macam lagi..
org yg terlalu bnyak PhD neh selalu cemburu dan iri hati dengan org lain sampai sanggup mewujudkan personaliti lain utk menghancurkan kebahagiaan sesorg itu..
buat apa lah nak ikut sangat PhD tuh..bukan dapat apa pun..yg dapat ialah dendam dan menyampah..

Cara mengatasi PhD menghantui diri anda, dengan mendirikan solat, memperbanyakkan berdoa dan membaca Al-Quran..
dan tidak melayan jiwa dan perasaan yg negatif macam tuh..jgn terlalu menyiksa jiwa sendiri dengan perasaan yg macam neh..
bukan boleh tenang pun jiwa dan hidup..

*macam mana nak dapat kebahagiaan, jika anda memusnahkan kebahagiaan org lain*