THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran Lip Lap Lip Lap

Sebelum tu,aku nk terangkn..lip lap lip lap means, lampu raya yg berkelipan.. hee~

Dengan ini,sy mengistihar kan.. bahawasa yea,tujuan sy menulis post ini, hanya lah sebagai pengganti kad raya dan diri ini yg tkdpt mengutip duit raya dekat rumah korg..huhu

Selamat hari secuci lebaran buat anda yg mengenali sy. Sebagai Piut, Put, Ina, Puteri, Sha Dan Ririe. Sy harap anda semua sht walafiat dihari yg nak dekat raya neh. Sy??? Arghh! Aku lah.. Aku harap korg jg kesihatan time dh nk raya neh,jgn jd mcm aku. Cirit birit berpackage kan demam panas. Nasib neh dh kebah panas yea,cuma perut memulas sikit2 je..


Salam Lebaran Semua..










Dihari yg mulia lagi berbahagia ini,aku nak mohon maaf dan ampun. Aku susun jari tangan aku dan kaki aku mintak ampun kt korg. Aku neh mulut jahat bnyak,jari pun main ikut taip je. Aku tk reti jaga hati org. Maaf kn aku. Maaf sgt2 sekiranya buat hati anda terluka dan terasa dgn sikap, bicara dan kelakuan ku. Maaf yea korg...

~Bermaafan dan Bersalam~


Dengan ini jugak aku mahu berpesan pada yg nak pi balik kg dan beraya tuh, hati hati di jalan raya. Jadi lah pemandu berkhemah. Biar skema, Asal selamat. okeh? Pandu pd had laju yg ditetapkan. Ikut lah giliran anda!

 ~jgn tiru aksi ini~


Akhir sekali pesanan aku buat akak2 dan abang2 yg luar sana,yg membaca blog sy neh.. Khas utk anda semua.. Terima lah~

 pecah kaca pecah gelas,
dh baca harap balas.

makan roti dengan kaya,
adik  dpt duit raya?
sekian, yg benar ikhlas..
Puteri Zahararina Zulan

Saturday, September 4, 2010

Raya Yg Tak Bermakna

Kenapa yea..kenapa??
kenapa agaknya raya tahun neh tk beberapa nk bermakna sgt?
hmm..

Tahun dulu2 raya kan..3minggu sebelum raya dah ada dah aku terima kad dari rakan chatter 8tv.. yea lah,aku pun dulu tersangat lah rajin buat kad utk dorg,siap tampal2 dan keras lagi kad tuh aku buat.. kalu jual kat teddy test tuh,mau kena RM22  tau.. kadang2 bajet aku nak buat kad je,aku anggarkan RM50.. yea lah,aku selalu bagi kt 20 org,tu yang mahal jugak bajet dia.. tapi aku tak kisah,cz tu semua buat hati aku terasa puas..

Tahun neh aku tk sempat nak beli kad raya dan buat kad raya..tak da mood lah nak raya..haih~ maaf yea pada akak2 abang2 dan kawan2 yang selalu dpt kad raya tiap tahun dari budak neh,tetibe tahun neh tkdapat plak.. tkda mood dan tak sempat lorr..maaf tau.. Kad kamu semua udah disimpan dalam kotak.. kad b'day dan kad raya.. :)

Aku dah tak balik kg dh 12tahun ke,lebih..rasa yea memang dah lama tk balik..arwah opah aku pun meninggal tahun 2008,so memang tak balik kg lah..sebb dah tkda apa..aku ingat lagi,aku lah paling rapat dengan arwah opah dulu.. aku lah penyanggul rambut opah, aku lah pengurut badan opah, dan aku jugak lah peneman opah tido dalam bilik walaupun ada cucu lain yg lebih kecil dari aku hee~ sgt seronok ketika itu,terasa aku lah cucu yang paling dimanjakan.. best ! itu lah kenangan terindah sekali.

Aku harap sgt tahun neh dapat balik kg bota kiri.. aku nak hirup udara segar di kg halaman ku.. (udara kl sgt tercemar dgn pelbagai asap,hate!) Aku nak jalan2 keliling kg aku, nak main kejar2 dengan angsa dan ayam klok klok (belanda)kepunyaan arwah opah aku.. dan main dengan monyet ngecik aku.. comel ! mesti sekarang dah besar. Aku ingat lagi, dulu selalu intai aku mandi si monyet tuh, jahat giler.. Indah yea suasana beraya dikampung lebih meriah dan terasa rayanya.. Shahdu yea..~

Kalau lah tahun neh aku raya kl jugak, jwb yea mcm tahun2 lepas jugak lah.. beraya tumpang kg org.. ikut kakak angkat beraya umah kawan2 dia dan lepak umah mak angkat aku.. memang sungguh busan raya di kl, sangat sunyi.. sunyi sepi aku sendiri.. cukup!


Monday, August 30, 2010

..7 Tahun..

Ketika tu,aku umur 14tahun. Aku memang teringinkan seorang abg. Yea la,aku tkda abg. Aku ada kakak je. Jeles tgk kwn2 yg ada abg,leh bermanja dgn abg. Bila dgn kakak,asyik nak gaduh je. Ketika tu jugak,aku mulai chat di ruangan tb. Tv9 dan 8tv. Situ ada chatbox. Best. Ketika tu jugak aku kenali si dia,yg beza 10tahun dari ku. Aku teruja nak buat dia jadi abg angkat aku. Mula2 abg angkat lah,lama2 terangkat! hahaha! Normal lah kan? Mana ada laki dan ppuan yg terlalu rapat tanpa menyimpan apa2 perasaan yg mendalam,betul kan?

Aku dan dia juga manusia biasa dan normal,perlukan kasih syg. Dah dapat kasih syg,nak lebih pulak tu. Biasa lah,manusia selalu tkpenah cukup dan tamak! Aku pun bercinta lah dengan dia,agak lama juga. Dia lah yg mengubah diri aku,dari liar,ke arah yg lebih baik. Sebab tu aku syg sgt sgt dekat dia. Putus, pastu kapel balik dah jadi lumrah bagi kitorg. Nak dekat berbelas kali jugak lah. Jumpa pun 3kali je,dlm masa 7tahun tu. Haih~ syg punya pasal,apa2 pun aku tak kisah. Dia kata A,aku percayer A jugak. Dia kata bulat,aku pun percayer bulat2. Org yg bercinta memang buta hati. Dia kentut pun kau kata,"wau! wangi lah bang".

Lepas aku PLKN,aku kije dulu. Pastu baru aku sambung belajar balik. Bila aku dah sambung belajar,kitorg acapkali gaduh. Ada je yg tak kena. Aku pun naik pelik. Padahal dah 7tahun kenal tu. Apa lagi yg tak memahaminya. Masa aku syokkk berborak dgn budak kolej,tibe2 dia send pic kt aku,pic awek cun. Aku tanya dia,pic sapa tu,dia jawab,pic awek baru. Aku gelak je. Kawan aku tgk,semua bengang,tapi aku boleh gelak. Aku gelak dengan kebodohan aku sendiri. Sebab boleh bazir masa, syg, cinta dan rindu aku pada lelaki mcm dia. Bukan sekejap,tapi 7tahun beb! Air mata aku tak tahu lah,berapa banyak dah membazir.

Sejak putus dengan dia,aku jadi keras hati. Aku dah tak tau nak pujuk org. Aku dah tak sms org. Dulu,aku yg selalu mengalah,aku yg selalu sms org,dulu aku jugak yg selalu ungkap kata syg. Tapi sekarang,hati aku betul2 keras. Aku tkkn pujuk. Aku tkkn sms kalu org tuh tak sms. Aku tkkn ungkapkn syg n rindu kalu org tuh yg tak ungkapkn dulu. Sebegitu keras yea hati aku. Dia buat aku takda perasaan dah. Aku jd tak kisah dengan perasaan org lain. Aku ingat lagi,masa aku menangis,menagih simpati dia,dia hanya mendiamkan diri. Sekarang,lelaki menangis depan aku,aku akan kata "pls lah,jgn nak menagih simpati,benci lah tgk,meluat". Bila org buat aku terasa hati,kejap je,lepas tuh aku wat derk balik. Aku dah takleh benci org,mulut kata benci,tp dlm hati sikit pun tkda. Hati aku is ZERO!!! Nothing!

Kakak2 angkat aku,semua pelik dengan sikap aku. Dulu,aku seorg yg suka cerita dengan dorg,luahkan apa saje,tp sekarang,aku jadi pendiam. Kakak ku kata,aku dah tak berperasaan dan tak meluahkan,lebih suka mendiamkan. Entah lah,aku sendiri tak tahu. Apa yg aku tahu,aku suka ikut rentak org sekeliling aku. Dia hate,aku hate. Dia like,aku like. Dia wat derk,aku wat derk. Aku tak kisah! Itu lah diri aku sekarang.

Ahmad Shahrul Nazmie Bin Nazaruddin, Kenapa lah kau buat aku mcm neh. Sampai aku leh jadi org lain. Awal ramadhan,kau sms aku,ucap berpuasa. Sahur pun kau sms aku,suruh sahur. Aku sudah boleh terima kau sebagai kenalan lama aku. Tapi,aku tak peduli lelaki ada ke tak dlm hidup aku.

Rizal Abdul Rahman, buatlah aku berperasaan balik. Yg tahu erti memujuk,yg tahu erti meroyan,yg tahu erti meluahkan perasaan,dan yg tahu hargai kau.

_tammat